Sunday, December 11, 2011

apa KAH ini?? mari kita BERKONGSI pendapat dan IDEA,,, jom saksiKAN,,


TEST>>>ADA BERANI!!!~~

RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER diformulasasi berkaitan dengan Sistem pelinciran (Lubrication system) yang dirumuskan dengan kepakaran anak tempatan menggunakan Teknologi Nano yang terbukti keberkesananya mencapai tahap kualiti eksport.

RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER adalah aditif yang diformulasasikan (bahan kimia Petroleum) berasaskan cecair TEFLON dan FULLERENE yang diproses secara TEKNOLOGI NANO. Cecair TEFLON akan menyalut permukaan besi di dalam enjin dan kompartmen.
Produk ini diklasifikasikan American Petroleum Institute. (API-GF-5 standard specifications) untuk dicampur dengan minyak enjin Petrol atau Diesel.
Rumusan polymetric Engine Treatment Booster mampu menguatkan minyak pelincir tersedia ada dengan kelicinan tanpa larut “ non-degradable “ Surface coating menyalut permukaan komponen dalaman enjin dengan ketebalan 0.02 mikron hingga 0.04 mikron untuk mencegah hakisan permukaan piston-selinder dengan bahan terlicin polymetric dan Teflon.
Fullerene pula menghasilkan berjuta bebola bersaiz Nano yang memberi kesan “ roller ball effect “ pada permukaan keluli dalam enjin.

KELEBIHAN ENGINE TREATMENT BOOSTER

Mengurangkan geseran
Memanjangkan jangkahayat minyak enjin.
Meningkatkan prestasi
Menjimatkan penggunaan bahanapi

CARA PENGGUNAAN

Semua jenis kenderaan termasuk motosikal, kereta, van, dan juga kenderaan berat serta kegunaan industri. Boleh digunakan untuk Enjin Petrol ,disel atau NGV .
25ml Catalyst Engine Treatment Booster untuk setiap 1 liter minyak enjin .
1. Goncang botol sebelum guna
2. Potong muncung botol
3. Picitkan botol dan tuangkan ke dalam enjin melalui saluran lubang penyukat minyak enjin
( dip stick )

* 1 botol Engine Treatment Booster mengandungi 100ml
Untuk kenderaan yang menggunakan 4 liter minyak enjin campurkan 1 botol Engine Treatment Booster.
* untuk kegunaan motosikal hanya memerlukan 5ml Engine Treatment Booster sahaja.

UJIAN KESAN SERTA MERTA
SEBELUM GUNA:

Enjin kasar, bunyi kuat, bergegar, pejalanan rasa berat, gear susah masuk, dan enjin tersentap2.
Hidupkan enjin selama 1 minit dan pastikan pejalanan enjin itu stabil. Jika tidak stabil, enjin itu rosak dan perlu dibaiki sebelum pengunaan produk ini.

Berpandukan RPM meter di dashboard kereta,;
* Tekan throttle ke 3,000RPM selama 20 saat.
*Naikan, ke 4,000 RPM selama 20 saat.
* Naikan ke 5,000RPM selama 20 saat.

Hentikan enjin dan masukan ETB melalui Dip-stick penyukat minyak enjin. Dengan cara ini, ETB di adun dari bawah enjin dan naik serata ke semua komponen enjin.

SELEPAS GUNA:

Hidupkan enjin dan tekan throttle pedal ke 3,000RPM selama 20 saat. Naikan, ke 4,000 RPM selama 20 saat. Naikan ke 5,000RPM selama 20 saat.
Lepaskan throttle pada kiraan sebelum 60 saat. KESAN-SERTA-MERTA. Enjin transformasi menjadi senyap, licin, lancar, ringan dan berprestasi tinggi.

SEJARAH TEKNOLOGI CATALYST

1950 Bahan Graphite
1970 Bahan Moludenum Disulphide
1990 Bahan Teflon (PTFE)
2010 Bahan Fullerenes Nano-technology

GREEN TECHNOLOGY

ENGINE TREATMENT BOOSTER boleh dianggap sebagai senjata ekonomi dimana penggunaannya mampu mengurangkan kos operasi dan penyelengaraan kenderaan sehingga 20% setahun.
Ianya juga mampu mengurangkan pelepasan asap daripada ekzos kenderaan anda.

KESIMPULAN

RED QUATTRO ENGINE TREATMENT BOOSTER membantu mengurangkan geseran,mengurangkan gegaran, memanjangkan jangka hayat minyak enjin,meningkatkan prestasi enjin serta menjimatkan penggunaan bahanapi. Sesuai digunakan untuk semua jenis kenderaan termasuk motosikal, kereta, kenderaan berat dan industri samada enjin petrol atau diesel.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-

EN. RAZI : 0107077915
EN.FARID : 0106326943

www.redquattro.com 

Wednesday, November 16, 2011

kesian melihat rakan2 yang hanyut dalam kehidupan,,,

hermmm,,, kat cita ni sbnanya xtau nak ckap apa tp just nak luah perasaan yang xtau nak luah kat mne,,, agak private la skit,,, tp bia la aku ckap kt sni,,ckap kat fb pon apa kau rase,, kau kan xde perasaan,, hahaha,,, kesian lah aku tgok,,, dengan erti kata nma lain kesian tengok percintaan korang,,, aku tau, lain orang lain cara,, tp korang bercinta cam budak kecik la,, x professional thats mean X MATANG haha,, sory la if aku ckap cam ni,, tp mmg betol pon,, walaupon hanya melihat, seseorang tu bolh nampak luar dan dalam sikap2 korang,,,hermm,, apa la nak jadi kat korang ni,, bukan nak ckap aku ni bagus sgat,, tp kesian melihat sikap2 korang,, aku ckap orang pon aku xla cerita semua pasal hal aku kat orang lain,, korang kena tau,, apa korang cakap melambangkan diri korang,, mana air muka korang sendiri,,, jage la baik2,,, sekarang korang bersenang lenang akan datang korang akan bersusah payah pula,, percaya la,,, apa2 pon korang kena tau mana baik mana buruk,,, kalau korang rase cam perbuatan korang tu satu lakonan atau satu tipuan better borang mati cepat,,, lg lama ko idup lg banyak dosa kau buat,,,, sedih,,, nak tego xbolh,, korang dah beso,,, kang tego korang la cakap lg bagos,, so bagoskan jelah apa kau cakap tu,, huuuu,,, besok2 ko akan rase satu kesusahan yang xpernah kau rase./.. sedangkan dalam kesusahan korang xpenah rase benda tu sesah,, haha,, korang abaikan je apa yang ptot korang ptot buat,.. aku ase aku ckap ni pon xsampai maksudnya yang sebnar,,, tp xpe lah,, korang pasti tahu perkara sebenar,,, nak knal diri korang tu sapa korang munasabah lah diri korang tu,,, ingat la,,, JALAN mana yang korang harus ikot,,, if sekarang pemikiran korang dah terpesong bahkan akan datang,, lg dah berpatah balik agaknya,, pk la baik2 ok,,, letakla masa akan datang korang,,,, walaupon dunia ni hanya sementara,,, korang nikmatilah ia macam korang nikmati AISCREAM yang kian MENCAIR<,, 

em,, bukan aku nak sebok psal korang,, cuma kesian dengan korang,, korang kan mmg macam bgos,,, tp bagos tu xpnah nampak pon,, hahaha,, ok laa,, sampai sni je,, besok2 sambong la lg k,,, 
kesian
kesian
kesian
kesian
.........
...................
..........

Tuesday, November 1, 2011

sikap manusia,,,, hahhhhh!!

hahahha,,, saje je nak borak2 kat sni,,, bosan lak xtau nak wat pe time2 dah stel smua keje,, huhuh,, nak cite sikit pasal sesetengah orag yang terserlah xpernah berpengalaman buat assgmnet,,, fuhh,, dah jauh sem ni,, pakai word pon xpandai lg,, ape lah,, asik nak tanya org je cam mne nak wat,, padehal dah lame kau stdy kat sni,, pulak tu aku saiko ko ko leh plak ckap yang kita org ni lebih pandai dari die,, ieee,, ape jenis org laa,, benda ni smua basic je,, xkan tu pon korg xtau,,, ish2,,, 

hahaha,, padan muka korang,, sakitnya hati aku,,, 
sendiri mau ingat la, lain kali time org wat keje group tolg2 la k,, jgan bia je xpandai nak wat ape,, huhuh,,
sorry alot cz talking about u,, hahahaha

Wednesday, October 26, 2011

time to rider...atas katil

nak rider ape ni, hahha,, bosan btol la time2 cam ni,, perasaan ckap abaikan2,,, t kau yang sakit ati,,, hahaha,,  masuk air dah,, bia la terlantar cam ni,, baring atas katil,, mak xteman lak,, kanan kiri seram btol tgok orang path sna sni,, uishhh,, nasib aku just muka terkopak je,, Alhamdulillah selamat,,, huhuh,,, dah bape botl dah ni masuk air,, abis la aku gemok,, hahhaa,,, xpe lah,, awek kate gemok2 ni menawan, hahhaa...  bosan punya bosan dudk kat sni,, hari semakin malam,, dudk la mengadap lppy ni sampai update blog,, dah xtau nak ckap kat sapa kan,, ckap la kat monitor ni sorg2,, hahhaha,,, 


next, haha, bolh kan next2.. mnggu depan dah balik puchong, agak2 korang smua tekjot x tgok muka aku cam ni,, huhuh, jgan terkjot tw,, aku farid,, farid yang korag knal,, huk2,, insyaAllah akan sembuh nanti,, mudah2han ye,, ok la korang,,, bosan kan xde benda nak wat,, bsok kita sambung k,, ni la keje orang yang dah paling bosan,, tah ape2 je bebelkan,, pdhal xde kna mengna pon,, hahahha,, 


hidup perlu diteruskan,

masa sentiasa mengejar apa yang anda impikan,
tiada ruang untuk berlekaan,
sebb anda sentiasa didalam penantan,

Monday, October 24, 2011

borak2 dengah abah,,,

hahaha,,, dalam borak2 ngan abah td mase tgok berita an,,, kuar la topic2 abah aku pasal isu2 semasa,, best gak borak ngan OL ni,, banyak tol input bolh dapat,, dulu masa aku skolah xpnah abah aku cerita pasal perkembangan yang telah die capai,, semua hal dari die kecik n sampai die punya anak sehingga aku n saan ini,, aku rasa aku lah anak yang abah yang beruntuk pernah dengar die cerita,, hahahha,, pastu aku tnye la kat abah pasal nak balik raya aji t kan,, cam ni dielog die,, hahaha
aku> bah,, nanti pas cuti depavali ni nak balik lg raya aji,,
abah> balik la,, bape ari cuti
aku>6ari je,, tp cam xnak balik la,,
abah> xnak balik ye xpe,, cuba kau jalan2 kat kl kat sna,, xla penat kau nak balik sni ulang alik..
wet balik tu t kau wat jalan2 kat kl je,, tdo hotel ke... 
enjoy2,, 
aku> bolh ea?? abah bg duit la
abah> klau kau nak ye bolh je,
(dalam ati) " huh,, xpnah2 abah aku baik ckap cam ni,. huhuhuh,,,,"
 tgok abah aku tu,,, garang x?? hahahha.. 

Saturday, October 22, 2011

cinta oh cinta

           assalamaualaikum, haa,, aku xtau npe aku nak membebel kat blog ni,, rase2 cam ad something yang xsampai aku nak sampaikan kat korang smua,, apa korang rasa jika semua orang tau kisah percintaan korang dgan pasangan korang,,, if tau yg baik2 tu xpe la, tp tau yang buruk2,, ish2,, korang rasa la,,, adkah org tu still menganggap anda adlah baik dari pandanngan atau sebaliknya,,, kan,, emm,, skunk ni aku xbrapa berknan dgan sikap kawan2 aku sndri,, menceritakan pasal kekasih mereka,, sory to say la,,, mmg la korang xrasa ape2,, tp aku yang mendengar ni rasa cam ko yang bercerita ur xptot kau cerita kat kawan2 kau yang sememangnya xtau apa2 tapi dapat tau luar dan dalam pasal pasangan kau tu,,, ushhh,, aku mmg pantang if korang2 cerita pasal kekasih korang pasal keburukan,, jangan la,, kesian pasangan korang tu,, kau kan sayang die,, xptot la kau bruk2kan die kat kawan2 kau yg xtau ppe tu,, better kau simpan elok2 kisah khidupan kau dgan pasangan kau,,, jgan sampai orang tau,, pandangan orang lain2,,, xsama dgan apa yang kau rasa,,, ok kawan2 yang bercinta,,, aku pon bercinta,, tp korag xkan dengan apa2 pasal kisah cinta kami,,, so hope full korang kna tau pandanngan orang lain,, jgan kata lantak la apa sklipon orang nak ckap,,,, korang smua dah besar panjang,, cinta jgan la bagi nak rak,,, sanggup wat apa saja kerana kekasih tp lupa tanggungjawab,,, huhuhu,,, hope korang faham la ye,, saory to say la,,, aku malu dgan sikap kawan2 aku yang sebegini rupa,,, kalau bolh aku xnak dengar,, tp dengarjelah wat sedap hati korang,,,

p/s jika kau sayang sesorang kau simpan la isi luar dan dalam die,,,  jgan la kau buruk2kan die,,, kesian,,,
      jika kau sayang seseorang jaga la die cam kau sayang diri kau.
      jika kau sayang orang tu kau bawak la die kejalan kebenaran,, jangan la kau lupa akan asal usul kau
      jika kau sayang seseorang kau bimbing la die supaya jadi manusia bukan orang
      jika kau sayang diri kau sepertimana kau sayang kekasihkau, haruslah jgan kau lupakan ALLAH s.w.t...


thanks for read!!! <3

seronok ber'call percuma sepanjang masa,,,

haha,, hai semua,,, saje je nak cerita cz what? haha,, dapat call free setiap hari, setiap jam, setiap minit n setiap saat,, fuh,, sangat ku idam2 kan,, tampa mmerlukan topup yang banyak,, cuma sebulan hanya RM 5 sahaja,, murah x,, just aktifkan tarikh tamat tempoh je,, hahahaha,, so,, senag la orang tu xkne baya bill mahal2,, i dah carikan yang tebaik untk u dah,, haha,, if u nak call banyak kali sepanjang masa pon xpe k sayang ku nina,, hahaha,, korang nak tau x? sim ape yang aku pakai ni,, haha,, agak2 ape ek,, if denga msti korg cam xcaya kan adnya sim ni,, hahaha,, tp mmg btol la,, free no cover charge,, ahahahahhaa,,,


try korg click web atas ni,, 
ha ni la aku pkai,, 
 ni la die,, salamfone,,,

if korang nak try g la cari,, confirm xjmpe,, hahaha,,,
limited edition aw,, hahaha,,
banyak kelebihan samalfone ni,,, tiap hari jumaat korg dapat hadis sahih. 
lpastu,, korang call kat semua rangkaian just 15sen/ mnt je,, murah kan,, hahah
huhhhh,,, selamat mencuba salamfone,, 
nikmatilah ganjarannya!!!
yaaaaaaahooooooooooooooooooooooo!!!!

sayang,,, miss u so much,, jumpe next week ok,, i tgah bercuti sekunk,,, 
keje elok2 tw,,, call me sllu,, hahaha,,, 

Tuesday, October 18, 2011

sayang baca ni,, for u! amalkan k sayang,,,

Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud:
"Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga Al-Quran"
Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda:
"Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan
"Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin."
                        Sesiapa membaca surah Al-Fatihah dalam keadaan berwuduk sebanyak 70 kali setiap hari selama tujuh hari lalu ditiupkan pada air yang suci lalu diminum maka ia akan memperolehi ilmu dan hikmah serta hatinya dibersihkan dari fikiran rosak.
                        Diantara khasiat Fatihah ialah siapa yang membaca 'Al-Fatihah' diwaktu hendak tidur, Surah 'Al-Ikhlas' sebanyak 3 kali dan Mu'awwidzatain maka ia akan aman dari segala hal selain ajal. Dan siapa berhajat (berkeinginan sesuatu) kepada Allah s.w.t.maka olehnya dibaca surah Al-Fatihah sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunat Subuh dan sembahyang fardu Subuh sampai 40 hari (tidak Lebih) kemudian memohon kepada Allah s.w.t. maka Insyaallah ia penuhi keperluan hidupnya.
  • Barangsiapa membaca Fatihah berserta Bismillah diantara sunat Subuh dan fardu Subuh dengan Istiqomah maka kalau ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia punya hutang maka mampu membayanrnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20kali setiap selesai sembahyang fardu lima waktu maka Allah s.w.t. luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan keperihatinannya dan kesusahannya, anugerahkan apa yang ia angan-angankan, dapatkan berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, berpenghidupan baik dan ia pula anak-anaknya terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai sembahyang Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari serta sebaiknya ia panjatkan doa yang bermaksud:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."
  • Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah diwaktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah s.w.t.bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan. Selesai bacaan Al-Fatihah tersebut dan sebaiknya berdoa:
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkaumudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa yang kuhajati........"
Diriwayatkan dari Syeikh Muhyiddin Ibnul Arabi didalam kitab 'Qaddasallaahusirrahu':
"Siapa yang punya maksud maka sebaiknya ia membaca surat Al-Fatihah sebanyak 40 kali sehabis sembahyang Maghrib dan sunatnya, selesai itu ia ajukan permohonan hajatnya kepada Allah s.w.t."
  • Surat Al-Fatihah boleh mengubati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.
  • Ikhtiar mengubati penyakit : Baca SurahAl-Fatihah sebanyak 40 kali pada tempat berisi air, lalu air itu diusap-usapkan pada kedua belah tangan, kedua belah kaki, muka, kepala dan seluruh badan, allu diminum, Insyaallah menjadi sembuh.
  • Kalau Surah Al-Fatihah itu ditulis dengan huruf-huruf terpisah lalu dileburkan dengan air suci dan diminumkan kepada sisakit, maka dengan iradah Allah s.w.t. ia akan sembuh.
  • Ikhtiar menghilangkan sifat pelupa: Tulislah surat Al-Fatihah dengan huruf Arab pada tempat putih dan suci lalu dihapuskan dengan air dan diberi minum pada orang yang pelupa, maka ia akan hilang sifat pelupanya dengan izin Allah s.w.t.
  • Mengubati sakit disebabkan oleh sengatan kala: Ambil sebuah tempat bersih lalu diisi air dan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali lalu diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insyaallah ia akan sembuh.
  • Mengubati sakit gigi dan lain-lain: Untuk dirinya sendiri = letakkan jari pada tempat yang sakit lalu membaca Al-Fatihah dan berdoa sebanyak 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Mengubati penyakit gigi orang lain: selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali:
           "Ya Allah, hilangkan daripada orang ini keburukan dan kekejian yang aku dapati dengan doa Nabi-Mu yang jujur (al- Amin) dan tetap disisi-Mu".
  • Adapun faedah dan khasiat dari Surah Al-Fatihah ialah menyembuhkan penyakit mata yang kabur (rabun)
Sabda Nabi Muhammad s.a.w."
"Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka hendaklah dilakukan:
  • Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak kelihatan atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, cuba pada malam ketiga atau begitu seterusnya hingga nampak kelihatan bulan itu.
  • Apabila telah kelihatan, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali.
  • Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini:
          "Al-Fatihah itu menjadi ubat tiap-tiap penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang."
  • Lalu mengucapkan "Yaa Rabbi" sebanyak 5 kali.
  • Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali:
           "Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sihatkanlah, Engkaulah yang menyihatkan".

miss u so much,,, jgan lupa amalkan k,,, awak ad rabun,, try la amalkan yeng tertra kat atas ni,, ok syg,,,  <3

Monday, October 17, 2011

TIDUR LAMBAT

HAAA,, ari ni tdo lambat,, punya la elok2 wat assmnt ni,, bolh pulak lppy wat hal... adohhh,, terpakse buat smua ape yang ilang ur,,, macam2 dugaan tol,, dah la bsok kne submit,, ishhh,, to my love nina,, sory sgat2 cz xdpat tman,, n xckap i tdo lwat,, huhuh,, tp dah nak tdo ni,, jap lg dah nak azan subuh,, sory sygg,,,

Friday, June 10, 2011

RINDU YANG MENYISING DIHATI




Kerinduan tanpa batas..
menghantui hari-hariku,
menembus alam dimensi pikiran ku..
Kerinduan tanpa batas..
membawaku jatuh ke garis titik nadir kehidupan ini..


Sepatah kata rindu yang terucap dari suara hati ku,
terbawa oleh angin malam dalam mimpi indah mu..
Semakin berulang kata rindu terucap dalam benak ku,
Semakin aku terbangun memikirkan mu..


Rasa rindu ini berkecamuk dalam sanubari,
membuat raga ini tak berdaya,
melawan bayangan wajah mu yang selalu mengikuti ku..


Semakin hari
rasa kerinduan ini merusak sayap-sayap patahku,
semakin aku terbang jauh ke langit ketujuh
lalu jatuh terhempas kehadapanmu..


Sebuah kata rindu yang tidak dapat dilukiskan
oleh seribu bait-bait syair seorang pujangga tanpa nama..
Sebuah kata rindu yang tidak dapat diukir
oleh seribu pahatan seorang seniman tanpa nama..


Biarlah senandung kisah rindu ini
slalu menemani khayalan ku..
Saat aku berbicara pada dinding – dinding kamar
menyebut nama mu selalu..
 FOR U KASEH!!! 
LOT OF LOVE  
muka yang manja buat ku tersenyum ceria,,,
miss u so much!!!

Saturday, March 26, 2011

pecaya atau tidak???

aku tertarik gan entry ni,, aku ad baca kat stu blog yang selalu aku follow entry2 die,, 
mmg best,  ni aku ad jumpa pasal  cinta buta.. lbh kurg cam tu lah,, k slamt membaca..


"Mengapa kamu memakai cincin perkahwinan kamu di jari yang salah?"

"Oh.. kerana aku berkahwin dengan orang yang salah"
Lawak barat

Cinta itu buta, pepatah yang seringkali diucapkan oleh segenap manusia, baik dari para artis, penyajak apatah lagi oleh mereka yang bercinta, setelah sekian lama ianya menjadi misteri, saintis Andreas Bartels and Semir Zeki dari Wellcome Department of Imaging Neuroscience, University College London membuktikan ungkapan tersebut. Dengan menggunakan sistem imbasan "Functional Magnetic Resonance Imaging" (fMRI), apa yang berlaku didalam otak manusia akibat "cinta" itu dapat dikaji dan difahami dengan lebih mendalam lagi.


Dengan menggunakan teknik fMRI ini, mereka mendapati kawasan tertentu otak menjadi aktif yang mana ini yang membuatkan cinta memberi kesan yang hebat kepada manusia. Mereka juga mendapati "cinta" juga menyebabkan aktiviti dibahagian tertentu otak terhenti dan menyebabkan kita tidak nampak akan kepincangan atau keburukan pada seseorang yang kita cintai itu, inilah yang dikatakan "buta".

Kertas saintifik mereka itu membuat kajian cinta antara ibu dan anak dan juga antara lelaki dan wanita, kedua2nya menunjukkan keputusan yg hampir serupa. Baik ibu dan anak mahupun pasangan kekasih, manusia akan menjadi "buta" disebabkan oleh cinta. Menurut pandangan saintis, cinta adalah sesuatu yg "terbina" didalam diri manusia itu sendiri untuk memastikan manusia terus kekal dimuka bumi baik dari segi berkembang biak mahupun untuk menjaga anak2 tersebut. Bayangkan apa terjadi jika kita serta merta boleh nampak akan kepincangan orang yg dicintai? Maka ramai yg tidak akan berkahwin, si anak pula akan mati kerana siibu tidak mahu bergelumang dengan kepayahan menjaganya.

Kedua2 saintis tersebut mengambil data imbasan otak dari 22 ibu yg melihat gambar anak2 mereka dan juga anak2 wanita lain yang rapat dengannya, Mereka juga mengambil imbasan otak dari sukarelawan lain dan mengambil data imbasan otak ketika mereka melihat gambar pasangan, kawan baik dan juga kenalan.

Data dari imbasan otak itu menunjukkan bahawa, bg kedua2 jenis hubungan (ibu anak dan kekasih) bahagian otak yg dikaitkan dengan "mendapat ganjaran" menjadi aktif. Ianya sama juga ketika keadaan kita mendapat ganjaran lain seperti makanan, minuman, mengambil dadah dan juga mendapat ganjaran wang atau duit. Jadi "cinta" itu juga boleh dilabelkan sebagai dadah, cuma ianya dadah semulajadi wujud didalam diri manusia itu sendiri.

Bahagian otak yg menjadi tidak aktif (switch-off) pula adalah kawasan2 tertentu di prefrontal cortex (frontal lobe), yang mana ianya adalah bahagian otak yg membuat penilaian sosial terhadap seseorang itu, apa yg dipanggil "critical sosial assessment". Begitu juga dengan kawasan otak yang ada hubungannya dengan emosi negatif seperti kekasaran, ketakutan dan juga merancang. Dalam erti kata lain, esmosi cinta itu bukan sahaja membuatkan manusia itu "buta" dan tidak nampak kekurangan/kepincangan atau keburukan terhadap insan yang dicintai itu, malah emosi2 negatif terhadap pasangan juga tidak wujud disebabkan oleh emosi cinta itu. Akan tetapi apabila emosi cinta itu sudah berkurangan, bahagian otak yg membuat penilaian sosial itu tadi akan menjadi aktif semula.

Terdapat beberapa perbezaan antara kedua2 hubungan ini antaranya adalah, dalam hubungan kekasih, bahagian otak yg terlibat dalam rangsangan sex juga menjadi aktif, ini tidak didapati dalam imbasan hubungan ibu dan anak. Begitu juga pada bahagian otak yg mengenal pasti reaksi muka (facial expression) juga amat aktif dalam hubungan ibu dan anak. Penulis kertas saintifik itu membuat andaian, kebolehan untuk melihat reaksi perubahan pada muka anak penting untuk ibu mengetahui situasi anak. 

Apakah implikasi kajian ini terhadap kehidupan manusia didunia ini? Adakah si"dia" yg kita cintai selama ini benar2 sesuai untuk kita? Bolehkah kita hanya percaya kepada perasaan cinta terhadap seseorang itu jika "cinta" tersebut membuat kita tidak nampak akan kekurangan atau keburukan seseorang yg digilai itu? Jika seseorang itu sedang mabuk bercinta akan tetapi ibu dan bapa tidak merestui atau menghalang perhubungan tersebut, ataupun mungkin ada rakan2 yang cuba menasihati agar tidak meneruskan hubungan dengan seseorang itu, ini adalah kerana mereka boleh nampak ketidak suaian si "dia", tetapi yg sedang mabuk bercinta tidak nampak dan memarahi ibu bapa dan rakan malah ada yang lari dari rumah kerananya. Ini kes yang kecil, bagaimana pula dengan kes sehingga meninggalkan agama yang sudah tidak menjadi suatu yg menghairankan lagi? 

Bagaimana pula dengan cintakan dunia? Cintakan materialism, harta, rumah kereta dan kesenangan hidup didunia. Cintakan dunia berkait rapat dengan ganjaran serta merta yg boleh dirasai, dilihat, dipegang dan dialami secara nyata dan ini juga melibatkan bahagian otak yg sama (reward center). Walaupun lapuran saintifik ini tidak mengkhusus kepada cintakan materialistik, jika dikaitkan dengan "ganjaran" yg diperolehi dari nikmat dunia itu maka hipotesis saya, ia juga membuatkan kita tidak nampak akan keburukannya. Disebabkan itu manusia akan menghalalkan apa yang haram jika cintakan dunia itu menyelimuti pemikiran dan emosi mereka dan tidak lagi boleh nampak kerosakan besar yg dialami disebabkan perbuatan mereka itu tadi. Maka tidak hairanlah jika manusia menghalalkan riba apa yg Allah haramkan, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan arak apabila Allah mengharamkannya. Jika dikaitkan kembali dengan cinta terhadap manusia, tidak hairanlah mengapa manusia menghalalkan pergaulan bebas apabila Allah mengharamkannya. 

Masalah utama cintakan dunia ini sebenarnya adalah ianya tidak akan pernah cukup, contohnya apabila anda mendapat kereta baru, bukan main hebat menjaganya malah sanggup basuh setiap hari, selepas beberapa minggu komitmen anda mula luntur, tak lama selepas itu model baru pula keluar dijalanan dan anda akan mula befikiran untuk menukar kereta. Bagaimana pula dengan cinta ibu bapa dizaman ini dengan membiarkan anak dijaga oleh orang lain? Adakah cintakan wang, harta dan pangkat sudah melebihi cintakan si anak sedangkan fitrah wanita itu adalah untuk melahir,menjaga, mengasuh dan mendidik anak dan bukannya untuk bersaing dengan kaum lelaki? (Saya sedari ini soalan sensitif, maka tepuk dada, tanya iman dan aktifkan frontal lobe anda sebelum memberi komen).

Cintakan dunia juga amat bahaya kerana Allah telah berfirman didalam al Quran;

"Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya (dengan tidak disaksikan sama oleh Al-Quran tentang sah batalnya), maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya" Surah Hud 11:15

bermakna, disebabkan Pemurahnya Allah itu, apa yg kita inginkan boleh sahaja dikecapi jika kita berusaha walaupun tanpa mengira halal dan haram akan tetapi hanya apabila di akhirat kelak baru kita sedar siapa sebenarnya yang rugi.

"Sesiapa yang menghendaki (kesenangan hidup) dunia, Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya Neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah" Surah Al Isra 17:18

Jadi apakah benteng kita terhadap "buta" didunia ini? Jawapannya teramat mudah, cintailah Allah kerana walaupun kita "buta" disebabkan perasaan dan emosi cinta itu, tiada cacat celanya pada Allah, Maha sempurna segalanya, malah selangkah kita rapatkan diri dengan Allah (dengan mencintai Allah) sepuluh langkah Allah SW akan menghampiri kita, dan ini adalah pendinding kita terhadap segala tipu muslihat didunia ini. Utamakanlah cinta kepada Allah terlebih dahulu sebelum yang lain, sudah janji Allah itu kebaikan dan kesenangan akan menyusul kemudiannya baik untuk didunia mahupun diakhirat.


Sebab itulah juga Nabi berpesan agar memilih agama sebagai kriteria utama untuk memilih pasangan lebih utama berbanding harta dan keturunan kerana itu sebenarnya jaminan keselamatan dunia dan akhirat, akan tetapi berapa ramaikah kita yg benar2 mengikut pesanan baginda? Mungkin disebabkan itulah banyak terjadinya perceraian apabila pasangan tidak boleh berkompromi selepas berkahwin setelah mula melihat keburukan atau kepincangan pasangan apabila emosi cinta yg sebelumnya itu berkobar2 mula menurun (bahagian otak untuk penilaian sosial kembali aktif). Dengan ego baik pada lelaki dan wanita, maka masing2 membuat haluan tersendiri dan anak menjadi mangsa. Sebab itu niat asal (nawaitu) untuk berkahwin itu amat penting, adakah kerana rupa, harta, kesenangan dunia atau untuk mendapat keredhaan Allah? 

Benarlah cinta itu buta, sebab itu ramai yg teraba2. Meraba mencari kebahagiaan dengan pelbagai cara tanpa lagi memikirkan hukum halal haramnya, bolehkah kita mengharap kebahagiaan pada manusia jika kita "buta" akan kekurangan pada orang yg dicintai? Bolehkah kita mengharapkan dunia jika ianya tidak akan pernah cukup untuk memenuhi nikmat materialism itu? Sesungguhnya hanya pada Allah sahajalah kita boleh berharap untuk mendapat kebahagiaan didunia dan seterusnya diakhirat. Cintailah Allah kerana dari Dialah kita datang dan kepadaNya kita akan kembali. Jadikanlah suruhan dan larangan2 Allah itu sebagai pedoman hidup, bukan memilih apa yg sesuai untuk dan menolak dengan apa yg tidak apabila akal pendek manusia tidak boleh melihat tujuan dan kebaikannya, lebih dasyat lagi apabila meng"hadhari"kan Islam untuk menyesuaikannya dengan kehidupan moden. Nauzubillah......

Friday, February 18, 2011

maigrain!! oh tidak,,,

maigrain dah menghantui hidip aku,, ahh,, aku tau ni maigrain,, dah dua ari sakit kepala aku ni xbaik,,  lak 2 tambah aku baca artikal, so btol la aku ni penghidap maigrain,,, adoh,, npe ni,, aku banyak fikir ke? wink2!! xde lah,, aku rlx2 jer,, xde masalah pon,, emm,, dmam bru baik,, batok dah nak baik,, xpe jge jer,, tipa kli batok kepale aku bedenyut2 tuh!! peh,, sakit nye,,, 

sampai ble lah nak baik ni,, aku xde pgalaman kne skit kple cam ni,,, 
dugaan baru kat aku,, ya ALLAH,,,
emm,, 

aku xboleh kene matahari, hah,, berdenyut2 kepale ku,, cam nak tombang,,, 
ad sesapa nak share kat aku psal ni,
share la link2 korang k,, 
aku nak bace n tau psal ni,,..



Friday, February 11, 2011

PERUTUSAN NALURI =)


KENALI NYA SEBELUM MENGENALINYA
 BERIMAN kepada Allah merupakan perkara yang paling asas dan ia mendasari seluruh ajaran Islam. Bermula dengan keimanan kepada Allah inilah akan bercambah kepada kepercayaan yang lain dan ia merupakan semulia-mulia keimanan.
Bukti Kewujudan Allah.
Kewujudan Allah adalah kenyataan yang tidak boleh disangkalkan dan boleh dibuktikan melalui beberapa kaedah:
i) Melalui logik akal
Kewujudan alam semesta dan segala isi kandungannya adalah sebagai bukti tentang kewujudan Allah. Contohnya bumi yang terbentang luas dan segala isinya seperti manusia, binatang, tumbuhan dan segala yang ada. Segala cakerawala di langit yang tersusun indah yang begitu menakjubkan, semuanya mempunyai pertalian erat dan saling mengukuhkan antara satu sama lain membuktikan kewujudan dan keesaan Allah. Dari segi logik akal, manusia tidak dapat menerima bahawa setiap yang ada dalam dunia ini terjadi dengan sendiri tanpa ada Pencipta. Setiap sesuatu yang wujud mesti ada penciptanya sekalipun kita tidak  mengetahui bagaimana ia dicipta. Firman Allah yang bermaksud:
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula kamu sujud kepada bulan, dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau kamu benar-benar hanya beribadah kepada Allah”. ( Fussilat: 37)
Islam menyeru manusia supaya menggunakan akal dan pancaindera untuk merenung tentang kejadian alam ini dengan penuh keajaiban bagi mengenali Allah. Dengan renungan dan penyelidikan yang dilakukan, sudah tentu manusia dapat mengenali sifat-sifat Allah yang bersifat dangan segala kesempurnaan.
Dia sahaja Tuhan yang sebenar-benarnya.
Dia sahaja yang hidup secara mutlak.
Dia sahaja yang kekal selama-lamanya.
Dia sahaja yang menguasai segala yang ada dilangit dan di bumi.
Dia sahaja yang bebas melakukan segala yang dikehendaki.
Dia sahaja yang maha mengetahui keadaan sekalian makhluk.
ii) Fitrah Manusia
Secara fitrahnya dalam diri manusia ada suatu sifat yang tertanam dalam jiwa merasai kewujudan Allah dan perasaan ini dimiliki sejak dilahirkan. Allah telah menciptakan manusia mempunyai sifat beragama dan mengakui kewujudan-Nya dan sifat inilah yang membezakan antara manusia dan haiwan. Kehendak beragama ini adakalanya tertutup atau hilang disebabkan faktor-faktor yang mendatang sehingga manusia berada dalam kelalaian dan tidak mengetahui kewajipannya kepada penciptanya. Kelalaian dan kealpaan ini akan terubat apabila manusia ditimpa oleh kemudaratan atau kesusahan dalam kehidupannya kerana pada waktu inilah mereka akan merujuk, memohon dan mengadu kepada Allah. 
iii) Wahyu
Banyak ayat al-Quran menjelaskan bahawa Allah adalah Pencipta segala isi alam ini. Nabi Muhammad saw adalah sebagai penjelas kepada ayat suci al-Quran. Perutusan para nabi juga disebut oleh Allah di dalam al-Quran. Nabi-nabi terdahulu sehingga kepada Nabi Muhammad saw mengajak manusia supaya mengingati Allah sebagai Tuhan pencipta. Di antaranya doa Nabi Adam yang disebut dalam surah al-A’raf ayat 23, maksudnya: “Wahai Tuhan (pencipta) kami! Kami telah menzalimi diri kami sendiri dan sekiranya Engkau tidak mengampunkan  kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya jadilah  kami antara orang yang rugi”.
Mentauhidkan Allah
Perkataan al-Tauhid membawa maksud Esa atau mengetahui sesuatu itu satu. Mantauhidkan Allah ialah mengaku bahawa tidak ada benda lain, kuasa lain, sama ada manusia atau jin atau apa sahaja selain daripada Allah. Tauhid adalah ajaran sepanjang sejarah manusia. Ajaran setiap Nabi dan Rasul sejak Nabi Adam as sehinggalah Nabi Muhammad saw. Perkataan al-Tauhid dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:
i) Tauhid Rububiyyah
Tauhid Rububiyyah bererti mengesakan Allah sebagai pencipta, pemilik, pendidik, penguasa dan pentadbir seluruh alam. Perkataan Rab banyak disebut dalam al-Quran dan al-Hadith, contohnya dalam surah al-Fatihah ayat kedua yang bermaksud:“Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”.
Segala yang ada dalam alam ini adalah dalam pengetahuan Allah. Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Tauhid Rububiyyah ini dimiliki oleh semua manusia sama ada Islam ataupun kafir.
ii) Tauhid Uluhiyyah
Tauhid Uluhiyyah bererti yakin bahawa hanya Allah yang berhak disembah, dicintai, dipatuhi dan sebagai tempat memohon pertolongan. Tauhid Uluhiyyah menuntut manusia mengabdikan diri kepada Allah dari semua sudut; iaitu Allah sebagai matlamat pengabdian, Allah sebagai tempat perlindungan, Allah sebagai tempat tumpuan kecintaan, Allah  sebagai pemberi rezeki dan Allah sebagai sumber perundangan.
iii) Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat
Tauhid al-Asma’ wa al-Sifat ialah mengesakan nama-nama Allah yang amat indah dan sifat-sifat-Nya yang sangat luhur. Nama-nama dan sifat-sifat tersebut dianjurkan oleh Allah kepada manusia supaya menggunakannya untuk mengetahui dan mengenali serta mengesakan-Nya. Dengan nama-nama ini juga, manusia diperintahkan menyeru, memohon dan berdoa kepada-Nya.
Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik (yang mulia), maka serulah (dan berdoalah) kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu dan pulaukanlah orang-orang yang berpaling dari kebenaran dalam masa menggunakan nama-namanya. Mereka akan mendapat balasan mengenai apa yang telah mereka kerjakan”. (al-A’raf:180)
Jumlah nama-nama Allah yang baik (Asma’ al-Husna) ada 99. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Allah mempunyai sembilan puluh sembilan nama. Sesiapa yang menghafaznya ia akan masuk syurga. Sesungguhnya Allah SWT itu ganjil dan suka kepada yang ganjil”.(Riwayat Bukhari, Muslim dan Tarmizi).
Sesungguhnya sifat-sifat Allah bukan sahaja berjumlah dua puluh sifat, tetapi terlalu banyak sehingga tidak ada sesiapa yang mengetahuinya selain Allah SWT....

Tuesday, February 1, 2011

kaseh ku sutra!!!

hahahhaha,,, aku xtau npe gan aku ni,,, rindu gila kat pempuan sorang ni,,, mlam td bolh die ckap yang aku ni bkan aku,, orang lain,, hahah,,, ape lah,, ni la aku muhamad farid,, huhuh,,, rindu kat pmpuan ni sampai hentak2 kaki tauk!! miss ku gila2 la pmpuan,,, mmg lme dah xjmpe,,, ad la dlam 3minggu cam 2,,, uisshhh!!1 lmenya,,, hhuuuaaahh,,, rindu kau lorh,, ble nak jmpe ni,,, adoi,,, masak2 menahan rindu ni,, huhuhu,,, ppe pon,, kau pon sme gan aku,,, rindu kat aku kan,, hahha,,,, sme2 la yte rse rindu ni,, huhuhu,,,,  

jom jerit sama2!!!
  
aku rindu kau gila2 weayy!!!
nak jmoe kau!!! 

ah,, lanx la... 


nak kuar lg,,, hahahahha

miss u sagat kaseh!!! cinta nak kamuk!!!
haha
love u!!