Thursday, January 27, 2011

rindu awak!!

huahh,, lme aku xluah hati kat sni,, huhuh,,, malu la nak luah2 ni,,, anti orang bace la kaseh!! hhaha,, xpe lah ni permintaan awak kan,, uhuhu,,, sayang kamu!! kamu tau x saya gan rindu awak sgat ni,, huhuh,,, bru smnggu xjmpe,,, dah rndu sgat,, huak2,,,nak kamu dpan mte la kaseh!! huhuh,,, kaseh cam ner kat sana? shat x? fmly shat? t kem salam die orang k, saya kat sni shat2 jer,,, wah cam xcontc je ckap kat sni,, hahah,,, xpe lah,, ari ni p colge kol 10.30,, kat colge stdy best aw,, law gan stan! huhuh ni bru blik clas,,, huhuhu,,, bsok saya dah  balik jb,, nanti xdpat online,, awak rjin2 la update blog tok sye,,, t saya eply balik,, hhahha,,, 

kaseh!! kamu tau ke kdang2 hati sayaq cam resah memikirkan kaseh, xpham sbnanya cam ne kasih ni,, banyak sangat perangai n tabiat2 yang berbza2,,, nak knal pasti pas 2 dah tuka lain plak,, huhu,,, msti xpham ape saya ckap ni,, kaseh phamkan lah k,,, heheh,,, pape pon saya sayang sgat kat awak,,, mmg kne ambik mase tok paham seseorang ni,,, so kte jage lah hubgan ni,,, time nak pham ni jagn la mendustai ye,,, mmg paling teluka la hati ni lau didustai, slagi ad mase kte guna la baik2,, huhuhu,,, dah la,, mlu nak ckap lbh2,,, yang slbihnye saya ckap kat kases sndri ye,, huhuhu,,,, 

saya rindi gan awak,,
rindu suara mu
rindu belayan mu
rindu sentuhan mu
smuanya rindu!!

love u kaseh! 

Wednesday, January 26, 2011

sedar la kedudukan kamu di neraka nanti!!!!

Keluasan Neraka
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang Kepada Nabi saw ada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?" Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan Selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak,andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu,tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari oranglaki-laki dan perempuan." Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka,sesetengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik,dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar. Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak Kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat." Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu,sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai" Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat Sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu: > 1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat 2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah 3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung 4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah 5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik 6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak 7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum 8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular 9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat. 10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai 11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua. Wallahua'lam. Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159 Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami Turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat,sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. 

Monday, January 24, 2011

dugaan dan kesilapan diri sendiri,

assalamualaikum,,

Manusia tidak akan terlepas dari ujian dan cubaan di muka bumi ini. Ada yang diuji dengan ujian yang ringan dan ada yang diuji dengan ujian yang berat. Ada yang sabar menempuh ujian dan ada yang gagal mengawal emosinya lantas kecundang di dalam ujian tersebut. Lain manusia lain bentuk dan kategori ujiannya. Ada yang berat di mata seseorang itu tetapi ringan pula di mata orang lain, dan begitulah sebaliknya terpulang pada penerimaan dan tahap pemikiran masing-masing. Ini kerana manusia mempunyai pemikiran yang kompleks dan tidak sama 100% antara satu sama lain. Sedikit sebanyak akan berbeza juga di mana-mana.
Firman Allah yang bermaksud; Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” Surah AlBaqarah : Ayat 286)
Ujian yang kita terima bergantung kepada tahap pemikiran dan keupayaan kita. Allah tidak membebankan kita dengan perkara-perkara di luar kemampuan kita jika kita sertai dengan keimanan yang jitu kepadaNya. Iman yang lemah boleh menyebabkan ujian yang ringan pun terasa berat. Keyakinan yang jitu kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang akan terserlahlah kesabaran yang tinggi terhadap segala ujianNya insyaAllah. Ingatlah bahawa seorang mukmin itu tidak terlepas dari ujian dan cubaan, semakin tinggi iman kita maka semakin kuat kita akan diuji. Dan manusia yang paling tinggi dan kuat ujiannya adalah para nabi dan Nabi Muhammad S.a.w adalah yang paling tinggi diuji. Oleh kerana itulah kita sebagai umat Islam dianjurkan agar sentiasa berdoa agar kita menerima ujian setakat yang termampu oleh kita.
Nabi sejak dari kecil dijaga dari melakukan dosa, dipelihara oleh Allah dari bermain-main seperti kanak-kanak lain, mempunyai sifat amanah yang tiada tolok bandingnya, dan segala sifat yang baik ada pada nabi. Mahupun baginda tiada dosa, baginda masih tetap diuji dengan tahap ujian tertinggi. Sejak dari kecil nabi diuji dengan kematian orang-orang yang baginda sayang, dari emaknya, pak saudaranya, datuknya hinggalah ke zaman baginda sudah dewasa dengan kematian anak-anaknya yang masih kecil belaka dan diikuti dengan kematian isteri tercintanya Khadijah dan sebagainya. Ujian-ujian yang baginda terima semasa menyebarkan risalah Islam pun dasyat, dengan tentangan, hinaan, serangan-serangan dari orang-orang yang kufur dan sebagainya.  Inilah pengajaran yang dapat kita ambil untuk semakin sabar dalam menghadapi ujian. Nabi yang tidak melakukan dosa walau sedikit pun diuji dengan ujian berat, apatah lagi kita yang selalu melakukan dosa sama ada kita sedar atau tidak, yang kalau dikumpul-kumpulkan ntah tinggi mana dah dosa kita ni. Jika kita muhasabah diri kita ini, amat patutlah kita dibalas dengan diberi ujian-ujian yang berat kerana kita pun sudah mendapat terlalu banyak nikmat dari Allah S.w.t. Dan jika kita yakin begitu, insyaAllah kita akan dapat sabar menempuh ujian dari Allah.
“Sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan” , pepatah ini boleh kita guna pakai untuk mengetahui betapa Allah sayang kepada hamba-hambaNya yang beriman padaNya. Untuk meningkatkan lagi keimanan pada Dia, seorang mukmin itu akan diberi kesusahan sama ada kesusahan dari segi mental mahupun fizikal. Dengan kesusahan itu lah manusia itu akan dapat merasa bahawa diri ini terlalu lemah dan perlu bergantung hanya pada Allah zat yang Maha Berkuasa. Jika manusia itu sentiasa dibuai dengan kemewahan dan tidak merasa kesusahan, nescaya manusia itu tidak akan ada sifat kasihan belas, memahami keadaaan orang-orang yang susah, sayang-menyayang antara satu sama lain, berusaha untuk menyelesaikan masalah orang, merasa tidak perlu bergantung pada Allah dan sebagainya. Hanya orang yang pernah melalui kesusahan yang faham erti kesusahan. Hanya orang yang lemah merasai erti kelemahan.
Nabi ada menganjurkan agar umatnya bergaul dengan orang-orang miskin dan orang-orang susah. Dia sendiri pun biasa bergaul dengan orang-orang miskin dan susah walaupun dia seorang nabi yang dipandang mulia dan seorang pemerintah yang agung. Bergaul dengan orang-orang miskin dan susah akan membuatkan kita merasa betapa kita sudah mendapat banyak nikmat, memahami hati orang-orang miskin, tidak terlalu mengejar dunia, tidak hasad dengki dengan orang lain kerana sentiasa merasa diri ini cukup dan sebagainya. Hanya dengan kita melihat ke bawah barulah kita dapat merasa ketenangan yang sebenar. Kerana jika kita hanya bergaul dengan orang-orang kaya, mewah dan berpangkat, boleh menjadikan kita merasa iri hati, hasad dengki, ingin mengejar cita-cita menjadi kaya, hingga menyebabkan tiada ketenangan dalam diri. Ini bukanlah bermakna kita tidak boleh berkawan langsung dengan orang-orang kaya, tetapi jangan semata-mata berkawan dengan orang kaya. Perbanyakkanlah pergaulan dengan orang-orang miskin dan susah, insyaAllah kita akan merasa serba cukup (qana’ah).
Manusia mendapat kesusahan dan kemiskinan di dunia bukanlah bermakna Allah tidak sayang pada manusia itu. Semua itu adalah ujian Allah untuk menguji keimanan manusia. Maksud hadits, “Sesungguhnya makhluk yang sangat dikasihi oleh Allah ialah orang yang fakir miskin, sebab manusia yang amat dikasihi Allah ialah para nabi, maka Allah menguji mereka dengan kefakiran dan kemiskinan.”  (Riwayat Abdullah bin Umar).
Nabi Sulaiman a.s pun yang walaupun dianugerahkan kepadanya sebuah kerajaan yang amat besar dan harta melimpah ruah, tetapi dia hanya berlagak sebagai seorang miskin. Rakyat-rakyatnya diberi makan makanan yang enak-enak tetapi dia hanya makan roti kering sentiasa, masyaAllah. Itu lah contoh yang amat bagus yang perlu diikut oleh seorang yang bergelar pemimpin. Bukan seperti manusia pada hari ini yang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin, sedangkan tanggungjawab seorang pemimpin sangatlah berat untuk dipertanggungkan di akhirat nanti. Para sahabat nabi dahulu takut dan berebut-rebut untuk tidak menjadi pemimpin, tetapi manusia zaman sekarang berebut-rebut untuk menjadi pemimpin.
Adalah Nabi Sulaiman bin Daud a.s apa bila di pagi hari, ia memerhatikan muka orang-orang kaya dan orang-orang berpangkat. Kemudian dia datang kepada orang-orang miskin, lalu duduk bersama mereka dan mengatakan, “orang miskin bersama orang-orang miskin”. (Ihya’ Ulumiddin)
Nabi Isa a.s adalah satu contoh manusia yang paling zuhud pada dunia, begitulah pada Saidina Umar alKhattab r.a yang hanya berpakaian yang bertampung tetapi bersih walaupun dia menjadi seorang pemerintah. Tiada apa untuk dilagakkan di dunia ini kerana manusia hanyalah sebatang tubuh yang sentiasa membawa najis. Kenapa manusia sentiasa membawa najis? Kerana di dalam tubuh manusia ada mengandungi najis yang sentiasa perlu dibuang. Tengoklah di rumah-rumah kita, rumah siapa yang tidak mempunyai tandas? Sehinggakan istana raja yang begitu indah pun mempunyai tandas. Sebab itulah Allah dah berfirman yang bermaksud “Dan tidaklah kehidupan di dunia itu melainkan kesenangan yang menipu”. Jika kita sudah yakin bahawa kesenangan hidup di dunia ini hanya satu tipu daya, maka insyaAllah hati kita akan bertambah cekal dan sabar untuk menghadapi apa-apa musibah yang bakal mendatang. Setiap penyakit yang kita terima itu adalah penghapus dosa, setiap ujian yang kita terima adalah penghapus dosa di samping Allah mahu mengangkat darjat kita pada pandangan penduduk langit dan Allah sudah menyediakan kehidupan yang bahagia yang kekal abadi untuk kita di akhirat nanti. Itulah syurga Allah yang hanya disediakan bagi orang-orang yang disayangi oleh Allah. Oleh itu sama-sama lah kita bersabar dalam menempuh apa sahaja ujian dari Allah. “Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar”.
Sudah menjadi tabiat manusia yang lemah imannya, jika sekiranya dia diberikan kesenangan, dia merasakan yang Allah telah memuliakan dia di dunia ini, manakala jika dia diberikan kesusahan dan kesakitan, dia merasakan bahawa Allah telah menghinanya dan wujud rasa tidak bersyukur di hati mereka, na’uzubillah.
Firman Allah yang bermaksud, “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia akan berkata: “Tuhanku telah memuliakanku”. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: “Tuhanku menghinakanku”. Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya kamu tidak memuliakan anak yatim. dan kamu tidak saling mengajak memberi makan orang miskin, dan kamu memakan harta pusaka dengan cara mencampur baurkan (yang halal dan yang bathil), dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.”  Surah Al Fajr : Ayat 15-20.
Sama-samalah kita menganggap bahawa ujian dan cubaan dari Allah adalah bekal tambahan bagi kita sebagai persediaan untuk menuju ke negeri abadi nanti. Dan dengan ujian dapat mengajar kita sifat ingin sentiasa bertaubat dan kembali pada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  Jika kita sentiasa bertaubat maka akan terzahir lah sifat Allah Al Ghaffur (Yang Maha Pengampun). Jika kita tidak istighfar dan bertaubat maka tiada apa dan sebab untuk diampunkan dosa-dosa kita yang bertimbun banyaknya itu. Sabda nabi yang bermaksud, “Setiap anak Adam itu bersalah, dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang-orang yang bertaubat”,,
<<gunakan semua manfaat yang ad, yang dah di beri,, jgan sia2kan slagi ia berada disisi mu!!!>>

Wednesday, January 19, 2011

Ketabahan hati adalah cahaya………

Disaat berbagai kesulitan dan kesukaran menimpa sesaorang sehingga ia merasakan kesempitan berlarut larutan, maka hanya ketabahan hati dapat menerangi hati sesaorang dan menjaganya dari keputus asaan. Ketabahan merupakan petunjuk yang dapat menyelamatkan diri dari patah semangat. Ketabahan  merupakan sifat utama yang sangat dibutuhkan olih setiap insan dalam menhayati kehidupan di dunia dan agamanya. Semua pekerjaan dan cita cita harus dilandasi ketabahan.
  
Mis_97.jpgMemperteguhkan ketahanan mental menghadapi soal yang tidak disukainya tanpa merasa terpaksa, sabar menunggu hasil perkerjaan dan perbuatannya, sanggup menghadapi macam macam rintangan  betapa pun beratnya  dengan hati yang bersih dari kebimbangan, dan dengan fikiran yang tidak mau tunduk kepada kesulitan. Ia harus memiliki kepercayaan yang teguh dan bertekad mantap, tidak gelisah dan yakin cahaya cerah pasti akan tiba saatnya, menantikan perubahan keadaan dengan sikap tenang dan penuh keyakinan bawasa kebijaksanan mengandng hikmah, pada segala ujian dan cobaan hidup
Allah telah berfirman surah Muhammad ayat 31: “ Dan sesungguhnya kami benar benar hendak menguji kalian untuk kami ketahui siapa siapa diantara kalian yang berjihad dan tabah(sabar)"
Surah Al hadid ayat : 23: “supaya engkau jangan sedih kalau tidak mendapatkanapa apa supaya engkau jangan lupa daratan sekiranya mendapatkan dunia.”
Jadikan kehidupan ini bukan sebagai “rumah” kehidupan yang serba bahagia, mantap dan kekal. Jadikan Kehidupan dunia ini adalah “rumah” ujian dan cobaan. Dimana kita keluar dari satu ujian  kedalam satu ujian lainnya. Ibarat besi yang ditempa api kemudian dicelupkan  kedalam air.
Ujian yang berupa hal hal menyedihkan banyak sekali sebab sebabnya. disebaliknya kita dapat memahami kehidupan dan bertambah matang pengalaman pengertian kehidupan dengan berbagai bagai ragam manusia. Masaalah suratan takdir yang terkadang menguji dan sebahagian lagi menempuh  cobaan yang mungkin mengakibatkan penderitaan, kepedihan yang terkadang  mengcekam jiwa. Sehingga terkadang merasakan kekecewaan. Olih itu kita haruslah  berusaha sekuat tenaga untuk menempuh kehidupan didunia ini dan harus yakin bahawa diri kita sedang menyelami lautan yang penuh bergelora dengan rintangan dan bahaya.
“Bersabar menahan diri dari kemewahan kemewahan , sehingga kemewahan tersebut berlalu, lalu aku melatih diriku  bersabar, sehingga terbiasa, sehingga selalu dalam keadaan tenang dan tenteram, hati membawa jauh dari pengaruh pengaruh yang selalu mengecewakan.“terkadang kita sendiri  tidak mengetahui apakah sesuatu kejadian itu berguna pada perkara perkara yang disukai atau kita membencinya. Sahabat ambilah ikhtibar dan hikmah diatas apa yang berlaku yang menimpa diri sehingga kita terbiasa dengan perkara perkara yang belaku dan bersiap sedia apa yang akan berlaku, insyaAllah kita akan biasa menghadapi segala dugaan dan cubaan tanpa patah semangat dan putus asa.”

Tuesday, January 18, 2011

Mandi sebagai terapi minda separa sedar,,,,,,,,


petikan dari iMotivasi impian mu inspirasi ku:


motivasi mandi
Waktu mandi di awal pagi adalah waktu yang paling baik memberi sinar motivasi pada diri sendiri. Katakan dengan penuh bersemangat yang Anda mahu lakukan yang terbaik hari ini. Selepas itu, kotakan pada yang Anda kata.
Lakukan kerja dengan penuh bersemangat, bukan dengan penuh malas. Niat kita bila digabung dengan perbuatan akan menghasilkan impak yang amat kuat. Selain berniat, kita perlu seiringkan dengan perbuatan.
Niat sekadar niat takkan dapat mencetuskan apa-apa perubahan apabila niat tu tidak direalisasikan melalui perbuatan. Jika Anda berniat mahu jadi insan cemerlang, Anda perlu bertindak cemerlang. Kena rajin, kena sanggup bekerja keras dan sanggup berkorban. Baru ada kemajuan!

Ketika Anda sedang mandi pagi, tutup mata seketika lalu katakan pada diri Anda: “aku mahu buat yang terbaik hari ini. Aku mahu, aku mahu, aku mahu!”. Selepas Anda selesai mengatakan ayat tu pada diri Anda, buka mata. Anda akan rasai kehangatan semangat yang mula menyala dalam diri Anda.

Air yang membasahi tubuh Anda akan membuat jiwa Anda menyerap kata-kata semangat yang Anda ucapkan tadi. Syaratnya, jangan fikiran hal-hal buruk yang terjadi kemarin, sehari yang lepas atau di tahun-tahun lalu.
Kata-kata yang ada dijiwa akan diserap masuk ke minda separa sedar. Kesejukan yang kita rasai dari air membuat minda separa sedar kita berada pada getaran emosi yang tenang, iaitu pada tahap alpha. Ketika minda menjadi tenang, minda separ sedar mudah menyerap setiap kata-kata kita yang kita bisikkan di dalam hati dan yang kita mainkan di fikiran.
Jadikan rasa bersemangat mendominasi Anda. Jangan campur adukkan dengan fikiran-fikiran liar mengenai masa lalu Anda dan kenangan-kenangan pahit Anda.
Elakkan rasa sakit hati, geram ataupun rasa tak puas hati kerana ketiga-tiga sikap tu akan memadam api semangat yang wujud di hati Anda. Hati kita ni amat sensitif pada emosi, gambaran minda dan tanggapan kita.
Kawal perkataan-perkataan yang selalu kita ucapkan. Kawal gambaran-gambaran minda yang selalu kita mainkan, jangan pernah membiar ia memainkan situasi lalu yang pahit walaupun sedikit kerana ia akan mencemarkan motivasi kita yang kita nak bina di waktu awal pagi, di saat kita sedang mandi.,,, 
huhuhu,,, pas ni rajin2 la mandi di awal pagi yer,,,  buag la erti kata sejuk 2,, xde la sjuk sgat,,, kan2,,, renung2 kan yek kwan2!!
to my sayang!!>> hahaha,,, jgan jadi kambing ye tkot mandy pagi!! hahahah,,,, lov u bby,,, 

Mengapa Yahudi Bijak

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.


Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.


Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato! 

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Sunday, January 16, 2011

Hadits Imam Ja‘far as + bersama kasih

 Hadits Imam Ja‘far as

• “Waspadalah terhadap tiga orang: pengkhianat, pelaku zalim, dan pengadu domba. Sebab, seorang yang berkhianat demi dirimu, ia akan berkhianat terhadapmu dan seorang yang berbuat zalim demi dirimu, ia akan berbuat zalim terhadapmu. Juga seorang yang mengadu domba demi dirimu, ia pun akan melakukan hal yang sama terhadapmu.”

• “Tiga manusia adalah sumber kebaikan: manusia yang mengutamakan diam (tidak banyak bicara), manusia yang tidak melakukan ancaman, dan manusia yang banyak berzikir kepada Allah.”

• “Sesungguhnya puncak keteguhan adalah tawadhu’.” Salah seorang bertanya kepada Imam, “Apakah tanda-tanda tawadhu’ itu?” Beliau menjawab, “Hendaknya kau senang pada majlis yang tidak memuliakanmu, memberi salam kepada orang yang kau jumpai, dan meninggalkan perdebatan sekalipun engkau di atas kebenaran.”

• Seorang laki-laki seringkali mendatangi Imam Ja‘far as, kemudian dia tidak pernah lagi datang. Tatkala Imam as menanyakan keadaannya, seseorang menjawab dengan nada sinis, “Dia seorang penggali sumur.” Imam as membalasnya, “Hakekat seorang lelaki ada pada akal budinya, kehormatannya ada pada agamanya, kemuliannya ada pada ketakwaannya, dan semua manusia sama-sama sebagai Bani Adam.” 

• “Hati-hatilah terhadap orang yang teraniaya, karena doanya akan terangkat sampai ke langit.”

• “Ulama adalah kepercayaan para rasul. Dan bila kau temukan mereka telah percaya pada penguasa, maka curigailah ketakwaan mereka.”

• “Tiga perkara dapat mengeruhkan kehidupan: penguasa zalim, tetangga yang buruk, dan perempuan pencarut. Dan tiga perkara yang tidak akan damai dunia ini tanpanya, yaitu keamanan, keadilan, dan kemakmuran.”,,,


t


bersama kasih
huhuh,,, ni la xtvti kamu,, jalan2 lihat pemandangan,, bkan kat pantai,, tp kat mall,, hahah,,, lme dah xkuar gan yayang aku ni,, rndu rsenya,,, dah 2ari bersama lorh,, ingat ari ahad die blik,, upenya xblik,,, yaaahuuuuuu,,,, bestnyer,, dpat jmpe lg lme, hahah,, ape lah cam dak kecik je aku ni,, hahha,, lanxlah,,  ni aku pnye hal,, korang ape sbok,, hahha,, xske exit je k,, hahha, tgok pic aku k,, if nak bnyak lg g la tgok blog yayang akuh,, huhuhu,,, 




 tegok kita!! hahah,,, wat slamber jer,, hahha



 hahaha,,, ni la saya n yayang saya,, haha.. yang agak kelaka






rock!! hahahah,,, sweet lorh kamu!!

miss u sayang,,, jgan wat saya sush ati k,,, senang tersntuh ni,, biase lah,, hti tisu kan,,,huhuh

Thursday, January 13, 2011

Kriteria Muslimah Sejati&rndu yang terukir


MUSLIMAH YANG SANTUN,
tidak dilihat dari bentuk tubuh yang mempesona, tetapi dari sejauh mana dia berhasil menutup tubuhnya.

MUSLIMAH YANG CANTIK,
tidak dilihat dari keberaniannya berpakaian, tetapi dari sejauh mana dia mempertahankan kehormatanya. . . . .
MUSLIMAH YANG BERANI,
tidak dilihat dari kekhawatirannya digoda orang dijalan, tetapi, kekhawatiran akan dirinya yang membuat orang tergoda.

MUSLIMAH YANG CERDAS,
tidak dilihat dari keahliannya berbicara, tetapi dari bagaimana cara DIA berbicara.

MUSLIMAH YANG TABAH,
tidak dilihat dari seberapa banyak dan besar ujian yang dijalani, tetapi dari sejauh mana dia menghadapi ujian dengan kesabarannya.

MUSLIMAH YANG MERDU,
tidak dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dari apa yang sering lisannya ucapkan.

MUSLIMAH YANG JELITA,
tidak dilihat dari kecantikan parasnya, tetapi dari kecantikan yang terpancar didalam hatinya.
MUSLIMAH YANG BAIK,
tidak dilihat dari begitu banyaknya dia melakukan kebaikan, tetapi dari keikhlasannya memberikan kebaikan itu.

MUSLIMAH YANG GAUL,
tidak dilihat dari sifat supelnya bergaul, tetapi dari sejauh mana ia menjaga kehormatanya dalam bergaul…
 SUBHANALLAAH…




<<Rindu yang terukir>>

Tahukah kau ….sayang ku?
Masa berlalu begitu perlahan tanpa diri mu..
Diri ku jadi tidak menentu…!
Aku rindu ingin bersama mu
Aku rindu ingin
menyentuh mu
Aku rindu senyuman mu..
Aku rindu
belai manja mu
Aku rindu
nada suara mu
Aku rindu
sentuhan mu
Aku rindu
belaian kasih mu,, 
fuh!!! hanya luahan!!
Aku dilamun rindu…



love u baby!!

Wednesday, January 5, 2011

kerinduan didalam hati

Awak mengetahui yang awak merindui seseorang apabila jantung awak berdegup pantas ketika teringatkan dia. Walaupun sekadar 'hai? daripada dia pun sudah mencukupi sebagai penenang. Awak mungkin menaruh hati padanya, cuma awak tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan. Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak. Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak. Jangan jadi terlalu 'sweet? saya mungkin jatuh hati kepada awak. Seseorang yang membuatkan awak jatuh hati padanya sebenarnya menyayangi awak lebih daripada awak menyayangi dia.Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada hidup kamu, tetapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu sedih...terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurannya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.Penyesalan terbesar dalam hidup ialah apabila risiko yang tidak kita ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu tidak akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada peluang kedua. Bererti masa tidak menunggu kita. Jika anda merasakan anda telah bertemu dengan orang yang sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan is berlalu begitu sahaja. Jangan tertangguh kerana takut kelak jika dibiarkan berlalu maka anda akan menyesal sebgitu sahaja.Tiada sesiapa pun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau mempertahankan. Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi kita sehingga dia pergi meninggalkan kita.Terdapat bintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan yang anda pilih untuk diabaikan ialah sebutir bintang yang sanggup menyinari anda walau di mana anda berada. Ini bermakna orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang yang benar-benar anda sayangi dan pada masa yang lain ada orang yang tahu dia tidak bersama kamu ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya.Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut risiko atau cabaran yang bakal mendatang. Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya, anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepda orang yang anda sayangi dan cintai. Beritahu mereka dan biarkan mereka buat keputusan di pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya mereka kepada anda. Anda akan rasa lebih yakin dan puas. Malah, anda juga kan rasa bangga terhadap diri anda kerana telah menunaikan tanggungjawab anda terhadap perasaan dan hati anda. Jangan sesekali mengkhianati hati anda kerana akibatnya hanya anda yang sengsara, bukan orang lain.Salah satu cabaran yang paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi ia masih sanggup menyayangi anda dengan sepenuh hatinya. Cinta itu adalah berasakan tolak ansur dan pengorbanan. Jika dia tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda. Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cintai itu. Seterusnya diikuti dengan perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang kita cintai seada mereka walaupun dari hari ke sehari manusia sentiasa berubah.


Rindu itu adalahAnugerah dari Allah
Insan yang berhati nurani
Punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian
Rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan
Dan juga kebahgiaan
Orang-orang bertaqwa
Rindu akan kebenaran
Kejujuran dan keikhlasan
Keredhaan Tuhannya
Orang mukmin merindukan
Anak-anak yang soleh
Isteri-isteri yang solehah
Keluarga bahagia

Para pencinta kebenaranRindu


My dear,to love someone is nothing,to be loved by someone is something,to be loved by someone you love is exciting,but to be loved by Allah is everything,Allah love us...

 
i miss u baby!! don't forget me!!